Halo semua.
Nama saya Luke, tapi kawan-kawan saya kadang-kadang panggil saya Luka sebab keluarga bapa saya berasal dari Itali. Sebenarnya, 'Luke' dalam Bahasa Itali ialah 'Luca' tetapi kawan-kawan saya tidak tahu tiada abjad 'k' dalam Bahasa Itali.
Saya berasal dari Australia tetapi sudah duduk di Kuala Lumpur sepuluh bulan.
Dahulu, saya telah belajar di Universiti ambil dua buah kursus pasal pengajian Islam, sebuah kursus pasal ekonomik pembangunan dan subuah kursus pasal caklempong. Kalau tidak sudah tahu, caklempong adalah muzik tradisional yang berasal dari Negeri Sembilan. Saya sangat suka main caklempong tetapi saya tidak boleh main lagi sebab saya sudah habis belajar pada Mei.
Lepas habis belajar sampai sekarang saya jalan-jalan keliling Malaysia, jalan-jalan ke Indonesia dan biasanya lepak sahaja dengan kawan-kawan cuba belajar banyak pasal Malaysia. Saya tidak perlu balik Australia sebelum mulai belajar lagi di Sydney pada Mac. Di Australia, saya belajar sains sosial dan sejarah. Saya sudah belajar beberapa kursus pasal sejarah Asia Tenggara juga.
Saya boleh tulis dan baca Bahasa Melayu lebih bagus daripada boleh cakap dan dengar. Semoga saya sudah pandai cakap dan dengar Bahasa Melayu sebelum balik Australia sebab saya nak cakap dengan kawan-kawan saya yang tidak pandai cakap Bahasa Inggeris. Kawan saya sudah beritahu saya, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Saya mesti ingat ayat itu sambil cuba belajar Bahasa Melayu.
Saya pun boleh cakap sedikit Bahasa Kelantan sebab saya ada kawan-kawan yang dari Kelantan dan saya sudah pergi ke Kelantan tiga kali. Saya beraya di sana tahun ini juga. Walaupun saya tidak pandai cakap Bahasa Kelantan, kadang-kadang saya suka guna bahasa itu untuk membingungkan orang-orang yang saya baru kenal di Kuala Lumpur.
Pada bulan depan saya akan ke Jawa lagi jadi saya harap belajar sedikit Bahasa Jawa sebelum pergi ke sana. Tetapi saya tidak pasti lagi kalau saya akan ke Jawa Tengah. Mungkin akan tinggal di Jakarta dan Bandung sahaja. Kalau begitu, mungkinkah lebih bagus belajar sedikit Bahasa Sunda? Saya fikir saya akan terus belajar sedikit Bahasa Jawa sebab saya ada kawan-kawan yang boleh berbahasa Jawa jadi saya boleh berlatih dengan mereka. Lagipun, ada kumpulan gamelan Jawa di Sydney yang saya mungkin nak masuk selepas balik kampung. Saya fikir kalau pandai cakap Bahasa Jawa akan lebih senang belajar gamelan secara Jawa.
Share: