Site Feedback

Seimbas Lalu 2011

Kali ini, entri ditulis dalam bahasa Melayu. Kenapa ya? Barangkali ingin memberi kelainan. Mungkin juga kerana sudah terlalu lama bermain bahasa antarabangsa, Apalah salahnya kembali ke gelanggang penulisan Melayu.

Tahun 2011 memberi 1001 kenangan serta pengalaman yang tidak ternilai. Bagi saya, tahun ini merupakan antara tahun yang banyak menguji serta memberi tekanan pada diri saya. Jujur saya katakan saya tidak menyangka bahawa tahun ini saya melakukan anjakan paradigma dalam hidup.

Antara langkah besar yang telah saya lakukan adalah penentuan hala tuju pendidikan saya yang seterusnya. Minat yang mendalam terhadap bidang kejuruteraan membuatkan saya memilih untuk berusaha ke arahnya. Tahun itu juga merupakan tahun bermakna di mana saya menerokai alam universiti. Ianya amat melucukan, dan tidak kurang juga menekan emosi dan spiritual.

Tahun 2011 tealh melabuhkan tirai, 2012 memberikan saya sebab untuk mengukuhkan azam saya dalam mengejar cita-cita. Saya amat berharap yang saya dapat mengejar impian dan dapat berbakti semula kepada keluarga.

P/S: Rasa teramat janggal apabila menulis kembali menggunakan Bahasa Melayu. Sungguh payah mencari kembali kosa kata yang hilang.

Share:

 

0 comments

    Please enter between 0 and 2000 characters.

     

    Corrections

    No corrections have been written yet. Please write a correction!

    Write a correction

    Please enter between 25 and 8000 characters.

     

    More notebook entries written in Malay

    Show More