Site Feedback

kosong

Hati yang kosong. Itu yang aku rasa sekarang. Bukan kosong lagu Najwa Latif. Macam orang yang hilang arah tujuan dan matlamat, yang lupa kan tujuan asal penciptaan. Aku hidup dalam alam kejahilan lagi. Penat. Sejauh mana aku cuba lari darinya, sejauh itu itu juga kejahilan itu mengejar diriku. Lantas, aku masih terjerat ke dalam lembah kejahilan itu. Aku tahu itu salah. Aku penat.Adakah selama ini aku hidup dalam kepura-puraan. Menipu diri sendiri aku benci akan kejahilan itu. Ataupun, kejahilan tu yang sebegitu bijak hingga mampu mengaburi mata hatiku bahawa dialah yang patut aku kejar. Menuju jalan Ilahi,mengejar cinta hakikiNya. Aku akui tidak mudah. Mengenal cinta agung, malah lebih agung daripada cinta Shah Jehan terhadap Mumtaznya. Bukan calang-calang cinta. Lebih penat dari mengejar cinta manusia yang belum tentu berbalas. Aku penat.

Share:

 

2 comments

    Please enter between 0 and 2000 characters.

     

    Corrections

    No corrections have been written yet. Please write a correction!

    Write a correction

    Please enter between 25 and 8000 characters.

     

    More notebook entries written in Malay

    Show More