YeHeT23
Kesedihan Aku tau hidup ni bukanlah satu perkara yang mudah.. Tapi aku kadang2 rasa macam aku tak buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik dan aku masih buntu mengenai kehidupanku.. Maksud aku, selalunya aku fikir jugak mengenai masa depan sebab aku ni muda lagi, tapi aku masih tak dapat membuat keputusan contohnya seperti pilihan universiti serta kerjaya yang diingini. Apabila fikir tentang perkara2 yang boleh dikatakan "crucial" ni, aku selalu akan elak dan bagi alasan2 yang tersendiri haahahahaha Tetapi jauh di sudut hatiku, aku sentiasa berharap suatu hari (dan harap2nya secepat mungkin) aku akan jadi lebih matang dan dewasa untuk menetapkan dan membuat keputusan sendiri. Ketakutan tidak akan aku jadikan sebagai penghalang!!!!!! Seronok la pulak tulis note dalam BM hahahaha XD
Feb 6, 2014 2:48 PM
Corrections · 2

Kesedihan

Aku tahu hidup ini bukanlah perkara yang mudah.. Tetapi kadangkala, terasa macam aku tidak buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik dan aku masih buntu dengan kehidupanku... Maksud aku, aku selalu berfikir mengenai masa depan kerana aku masih muda lagi, tetapi aku masih tidak dapat membuat keputusan. Contohnya, pilihan universiti serta kerjaya yang  aku ingini.
Apabila berfikir tentang perkara-perkara yang boleh dikatakan 'genting' ini, aku selalu akan elak dan bagi pelbagai alasan yang tersendiri. haahahahaha
Tetapi jauh di sudut hati, aku sentiasa berharap suatu hari nanti (dan secepat mungkin) aku akan jadi lebih matang dan dewasa untuk menetapkan dan membuat keputusan sendiri. Ketakutan tidak akan aku jadikan sebagai penghalang!!!!!!

Seronok la pulak tulis note dalam BM hahahaha XD

March 29, 2014
Want to progress faster?
Join this learning community and try out free exercises!