MUSTAQIM MOHAMED
how we wrote an official letter Nur Ainsyazwani Binti Mohd Ayob, PT3463 Taman Perumahan Putera Jaya, 22100 Setiu, Terengganu. ______________________________________________________________________________ Pengetua, Sek.Men.Keb.Tengku Ibrahim, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu. 19 Mei 2015. Tuan, Memohon Kebenaran Membawa Keluar Kerja Kursus (PBS) STPM 2014 Sukacita dimaklumkan perkara di atas saya rujuk. 2. Saya akan menduduki temuduga bagi pengambilan pelajar baharu semester pertama sesi akademik 2015/2016 program Teknologi Seni Visual (HA32) yang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei 2015 bertempat di Hotel Grand Season Kuala Lumpur Yang Dikendalikan Oleh Universiti Malaysia Sabah. 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin membawa keluar folio projek hasil kerja saya semasa di tingkatan enam untuk dijadikan bukti hasil kerja saya ketika temuduga tersebut. Bil Peralatan Kuantiti 1. Folio hasil kerja seni visual 1 buah 4. Saya berharap permohonan saya akan dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………………………………………. ( NUR AINSYAZWANI BINTI MOHD AYOB)
Jun 27, 2015 5:26 PM