Khabar baik. Riri sebenarnya memang orang Singapora? Melayu? Lama dah tak menulis dalam Bahasa Melayu, ada rasa janggal sedikit. Tak pernah melawat Sarawak? Sebenarnya saya sendiri belum menerokai Sarawak lagi. Cuma beberapa tempat saja yang saya pernah pegi (walaupun saya orang tempatan). Apa yang seronok kat sini? Hmmm...Iban merupakan kaum yang paling dominan dan saya ialah dari suku kaum Melanau. Jadi, di sini terdapat pelbagai adat dan tradisi mengikut kaum. Datanglah melawat Sarawak ketika ada musim perayaan seperti Gawai Dayak (Dayak) ataupun Pesta Kaul (Melanau).
Saya pernah belajar di Sabah dan sememangnya Sabah mempunyai keindahan semulajadi yang sangat cantik dengan benruk muka buminya yang bergunung ganang. Saya pernah mendaki Gunung Kinabalu, menyelam di Pulau Mamutik dan Pulau Manukan, melihat orang utan di Sepilok dan juga di Danum Valley. Kalau Riri berpeluang untuk pergilah melawat Sarawak dan Sabah.
Rose