ابحث بين معلمي الإنجليزية المتعددين...
China flagZheng Zihuai
Separuh hari yang kami mengetepikan kerja sekolah 11.5 Hari ini, sekawan saya melawat saya. Kami pun sibuk dengan pembelajaran masing-masing dan ada banyak kerja sekolah jadi peluang untuk bertemu seperti kali ini sangat berharga. Pada kebanyakan masa, kami bercakap tentang bagaimana keadaan masing-masing. Apabila kami makan tengah hari, kawan saya merungutkan bahawa pensyarah kristalografinya tidak bertanggungjawab dan berkebolehan. Beliau tidak pernah menyebut sesuatu ilmu tetapi memberi kerja sekolah yang berkenaan dengannya. Tambahan pula, selepas separuh semester, beliau sama sekali tidak menerangkan jawapan kerja sekolah yang tidak boleh dicari dalam talian. Ada seorang pensyarah lagi yang dia tidak suka, iaitu pensyarah sejarah moden Chinanya. Pensyarah itu lepasan Universiti Renmin China dan beliau selalu memandang rendah pada universiti mereka bahawa suasana pembelajaran di sana tidak sekondusif dengan Universiti Renmin China dan suka menyindirnya. Sekiranya ada seseorang datang lewat ke kuliahnya, beliau akan kemarah-marahan dan mengarahkan pelajar itu berdiri sehingga beliau mengizinkan dia menduduk. Semua pelajar berasa takut kepadanya. Kemudian, dia pula menyebut bekas kekasihnya. Mengikut dia, mereka masih kawan sekarang dan kadang-kadang bercakap tentang pembelajaran masing-masing. Dia berkata, mereka hanya tidak sesuai saja sebagai kekasih, masih boleh bantu-membantu sebagai kawan. Ketika masa hampir pukul 4.00 petang, dia pulang ke universitinya untuk menyelesaikan kerja sekolah aljabar linearnya.

التصحيحات · 2

0
11.5 Hari ini, kawan saya melawat saya. Memandangkan kami sibuk dengan pembelajaran masing-masing dan ada banyak kerja sekolah, jadi peluang untuk bertemu seperti kali ini sangat berharga. Pada kebanyakan masa, kami bercakap tentang bagaimana keadaan masing-masing. Apabila kami makan tengah hari, kawan saya merungutkan bahawa pensyarah kristalografinya tidak bertanggungjawab dan berkebolehan. Beliau tidak pernah mengajar walau sebarang ilmu tetapi memberi kerja sekolah yang berkenaan dengannya. Tambahan pula, selepas separuh semester, beliau sama sekali tidak menerangkan jawapan kerja sekolah yang tidak boleh dicari dalam talian. Ada seorang pensyarah lagi yang dia tidak suka, iaitu pensyarah sejarah moden Chinanya. Pensyarah itu lepasan Universiti Renmin China dan beliau selalu memandang rendah pada universiti mereka kerana suasana pembelajaran di sana tidak sekondusif dengan Universiti Renmin China dan suka menyindir universitinya. Sekiranya ada seseorang datang lewat ke kuliahnya, beliau akan kemarah-marahan dan mengarahkan pelajar itu berdiri sehingga beliau mengizinkan dia menduduk. Semua pelajar berasa takut kepadanya.

Kemudian, dia pula menyebut tentang bekas kekasihnya. Mengikut dia, mereka masih berkawan sehingga sekarang dan kadang-kadang bercakap tentang pembelajaran masing-masing. Dia berkata, mereka hanya tidak sesuai saja sebagai kekasih, tetapi masih boleh bantu-membantu sebagai kawan. Ketika masa hampir pukul 4.00 petang, dia pulang ke universitinya untuk menyelesaikan kerja sekolah algebra linearnya.

Komen: Bahasa Melayu awak makin hari, makin banyak peningkatan. Syabas dan teruskan usaha!

هل تريد التطور بشكل أسرع؟

انضم لمجتمع التعلّم هذا وجرّب التمرينات المجانية!

لا تفوّت فرصة تعلّم لغة جديدة وأنت مرتاح في منزلك. تصفّح مجموعتنا المختارة من مدرّسي اللغات ذوي الخبرة وسجّل في درسك الأول الآن!

ابدأ التعلم اليوم