ابحث بين معلمي الإنجليزية المتعددين...
China flagZheng Zihuai
Kalau pada suatu hari, saudara/saudari diberitahu cuma ada 6 bulan untuk hidup lagi Kalau saya diberitahu cuma ada 6 bulan untuk hidup lagi, mungkin saya akan menyenaraikan semua perkara yg saya hendak buat. Pada 5 minggu yg lalu, di kelas cikgu penny, kami menonton sebuah filem Amerika Syarikat bertajuk “Bucket List”. Selepas itu, saya sudah menimbang perkara ini dgn hati-hati, kalau saya cuma ada bbrp bulan untuk hidup lagi, apa yg saya akan buat. Mula-mula saya teringat bbrp tempat yg saya sentiasa ingin melawat ttp masih belum pergi, jadi saya menulis, melawat ke pamah garam Uyuni di Bolivia, melawat ke Disney World di Orlando, Florida, melawat ke California, melawat ke Potala Palace di Tibet diri sendiri. Ttp, kemudian saya fikir perkara yg saya paling hendak selesaikan sebelum tidak berpeluang lagi ialah perkara-perkara yg biasa dan kecil, termasuk: bersemuka dengan ibu saya dan mengakui sesuatu perkara yang saya tidak pernah boleh mengaku kepadanya, bersiar-siar bersama ibu saya di taman tanah lembap yang dekat dengan rumah saya, melawat nenek, datuk dan sepupu saya, makan sup yuwan (kalau masih dapat makan), memberitahu orang yang saya suka bahawa mereka semua penting bagi saya, membeli cakera Blu-ray drama POI yg saya paling suka, menziarahi makam anjing saya Momo. Saya tidak mempunyai banyak benda yang saya sesalkan dalam hidup ini, jadi saya mungkin tenang saja dgn kematian yg tentu akan datang.

التصحيحات · 1

0

Kalau saya diberitahu yang saya cuma ada 6 bulan lagi untuk hidup, saya akan menyenaraikan semua perkara yg hendak saya buat. Pada 5 minggu yg lalu, di kelas cikgu penny, kami menonton sebuah filem Amerika Syarikat bertajuk “Bucket List”. Selepas itu, saya mula menimbang dgn berhati-hati tentang apa yang ingin saya lakukan kalau saya cuma ada bbrp bulan lagi untuk hidup.  Mula-mula saya teringat akan bbrp tempat yg sentiasa ingin saya lawati ttp masih belum terlaksana. Jadi, saya menulis melawat ke pamah garam Uyuni di Bolivia, melawat ke Disney World di Orlando, Florida, melawat ke California dan melawat ke Potala Palace di Tibet diri sendiri.

Ttp, saya kemudiannya tefirkir perkara yg paling hendak saya selesaikan sebelum tidak berpeluang lagi ialah perkara-perkara yg biasa dan kecil, termasuk: bersemuka dengan ibu saya dan mengakui perkara yang tidak pernah saya akui selama ini kepadanya, bersiar-siar bersama ibu saya di taman tanah lembap berdekatan dengan rumah saya, melawat/menziarahi nenek, datuk dan sepupu saya, makan sup yuwan (kalau masih boleh makan), memberitahu orang yang saya suka bahawa mereka semua penting bagi saya, membeli cakera Blu-ray drama POI yg paling saya suka, menziarahi makam anjing saya Momo.


Saya tidak mempunyai banyak perkara yang saya kesalkan dalam hidup ini. Jadi, saya mungkin akan berasa tenang saja dgn kematian yg tentu akan datang.

................................................

Some sharing below:

i) Synonym for 'kalau' - jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, 

ii) Ayat Pasif - Some examples of 'Ayat Pasif' for your reference. One common mistake is using English sentence arrangement when making Ayat Pasif.

Ayat aktifAyat pasif
SalahBetul
Saya membeli kereta itu daripada Ali.Kereta itu saya membeli daripada Ali.Kereta itu saya beli daripada Ali.
Anda mesti menjawab soalan-soalan itu.Soalan-soalan itu mesti anda menjawab.Soalan-soalan itu mesti anda jawab.
Kamu mestilah menyiapkan kerja itu hari ini.Kerja itu mesti kamu menyiapkan hari ini.Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini


SalahBetul
Buku itu saya telah baca.Buku itu telah saya baca.
Buku itu saya tidak baca.Buku itu tidak saya baca.
Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini.Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.


هل تريد التطور بشكل أسرع؟

انضم لمجتمع التعلّم هذا وجرّب التمرينات المجانية!

لا تفوّت فرصة تعلّم لغة جديدة وأنت مرتاح في منزلك. تصفّح مجموعتنا المختارة من مدرّسي اللغات ذوي الخبرة وسجّل في درسك الأول الآن!

ابدأ التعلم اليوم