Zoek tussen verschillende Engels docenten...
China flagZheng Zihuai
Kalau pada suatu hari, saudara/saudari menjawat sebagai Datuk Bandar... Kalau saya menjawat sebagai Datuk Bandar, ada 4 perkara yg paling membimbangkan saya ialah pendidikan dan klasifikasi sampah. Selepas saya menjadi Datuk Bandar, kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak wang utk memperkasakan sektor pendidikan peringkat rendah dan menengah. Sekarang, ramai org di Wenzhou tidak boleh berbahasa Wu, jadi kalau saya menjadi Datuk Bandar, kerajaan akan berusaha memartabat dialek Wu kami di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, pelbagai usaha akan dibuat agar penduduk lebih faham mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan tabiat membuang sampah merata-rata. Saya percaya bhw tabiat penduduk akan beransur berubah. Datuk Bandar mungkin nampak berkuasa, ttp dlm sistem pentadbiran China, mesti ada halangan apbl org hendak melakukan perkara-perkara yang bernilai. Di samping itu, Datuk Bandar pun tdk berkuasa menyelesaikan perkara dr asalnya. Walaupun cadangan-cadangan berikut tidak dapat menyelesaikan kesemua masalah itu, saya fikir keadaan sekarang mungkin bertambah baik.

Correcties · 2

0

Jikalau suatu hari nanti, saudara/saudari menjawat jawatan sebagai Datuk Bandar...

Jika saya berpeluang menjawat jawatan sebagai seorang Datuk Bandar, antara empat (4) perkara yang paling membimbang saya ialah pendidikan dan cara untuk mengklasifikasi sampah. Jika saya menjadi Datuk Bandar, kerajaan dibawah saya akan memperuntukkan lebih banyak wang untuk memperkasakan sektor pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Dimasa ini, terdapat ramai orang di Wenzhou tidak boleh berbahasa WU, maka jika saya menjadi Datuk Bandar, kerajaan pimpinan saya akan berusaha untuk memartabatkan semula dialek Wu di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, pelbagai usaha akan dilaksanakan agar penduduk tempatan lebih faham mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesan buruk akibat membuang sampah merata-rata. Saya percaya bahawa lama-kelamaan, sikap penduduk boleh berubah.  Datuk Bandar mungkin nampak berkuasa, tetapi dalam sistem pentadbiran China, mesti ada halangan apabila orang hendak melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Di samping itu, Datuk bandar juga tidak berkuasa menyelesaikan sesuatu perkara daripada akarnya.

0

Kalau pada suatu hari, saudara/saudari menjawat sebagai Datuk Bandar

Kalau saya menjawat sebagai Datuk Bandar, ada dua perkara yg paling membimbangkan saya iaitu pendidikan dan klasifikasi sampah.
Selepas saya menjadi Datuk Bandar, kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak wang utk memperkasakan sektor pendidikan peringkat rendah dan menengah. Sekarang, ramai org di Wenzhou tidak boleh berbahasa Wu, jadi kalau saya menjadi Datuk Bandar, kerajaan akan berusaha memartabatkan dialek Wu kami di sekolah rendah dan menengah.
Selain itu, pelbagai usaha akan dibuat agar penduduk lebih faham mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan tabiat membuang sampah merata-rata. Saya percaya bhw tabiat penduduk akan beransur-ansur berubah.
Datuk Bandar mungkin nampak berkuasa, ttp dlm sistem pentadbiran China, mesti ada halangan apabila org hendak melakukan perkara-perkara yang bernilai. Di samping itu, Datuk Bandar pun tdk berkuasa menyelesaikan perkara daripada asalnya.
Walaupun cadangan-cadangan berikut tidak dapat menyelesaikan kesemua masalah itu, saya fikir keadaan sekarang mungkin bertambah baik.

Wil je sneller vooruitgang boeken?

Word nu lid van deze leer-community en probeer de gratis oefeningen uit!

Don’t miss out on the opportunity to learn a language from the comfort of your own home. Browse our selection of experienced language tutors and enroll in your first lesson now!

Start Learning Today