Cerca tra vari insegnanti di Inglese...
Wan Muhammad Alkaf
Selamat sejahtera, Nama saya Alkaf. Saya dari Malaysia. Walaupun saya orang Melayu, bahasa saya tidak sefasih seperti orang lain. Ini adalah kerana saya dibesarkan di Australia sewaktu saya kecil. Jadi... sebenarnya, Bahasa Inggeris-lah Bahasa pertama saya betul-betul mempelajari. Saya ingin memperkukuhkan Bahasa Malaysia saya kerana cita-cita saya adalah mengajar Bahasa Inggeris kepada askar tentera di negara saya. Dengan itu, saya perlulah meningkatkan prestasi saya ke dalam kedua-dua Bahasa itu. Dari dahulu lagi, saya minat kerjaya tentera. Oleh sebab saya melebihi umur untuk menjadi askar, apa salahnya jika saya menjadi guru kepada mereka yang berkhidmat untuk negaraKu? Terima kasih kerana sudi membaca. Marilah kita berkawan. Sekian.
17 giu 2021 10:39
Commenti · 1
Hai Alkaf, kamu ada impian yang baik. Adakah kamu sedang mencari guru? Saya boleh membantu kamu menaikkan taraf Bahasa Malaysia dan memperkukuh pengetahuan yang telah kamu belajar. Sila lihat profil guru saya dan harap menempah kelas :)
18 giugno 2021

Non perdere l'opportunità di imparare una lingua comodamente da casa tua. Esplora la nostra selezione di insegnanti di lingue esperti e iscriviti subito alla tua prima lezione!